PUTRAJAYA: Kerja-kerja membawa turun jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023) Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, disambung semula pagi ini selepas tertangguh kelmarin.
Difahamkan, operasi membawa turun jenazah tidak dapat dilakukan semalam akibat cuaca buruk, kesesakan di trek pendakian dan salji tebal di permukaan gunung.
Ketua Katanya, keadaan salji tebal 0.30 meter di atas permukaan pergunungan menyukarkan urusan mengusung jenazah memandangkan ia dilakukan secara manual menggunakan pengusung.
Ketua Misi ME 2023,Azim Afif Ishak berkata, sepatutnya kerja-kerja membawa turun dilakukan semalam, namun ia ditangguhkan dan pasukannya masih berada di kem empat (8,000 meter dari aras laut).am) baik dan kerja-kerja membawa turun dapat dimulakan.
“Jika tiada masalah cuaca hari ini (semalam kerja-kerja menurunkan jenazah akan selesai selewat-lewatnya esok (hari ini)termasuk menerbangkan sekali jenazah menggunakan helikopter ke hospital di Kathmandu,” katanya.
Media semalam melaporkan jenazah Awang Askandar sepatutnya dibawa turun dan dijangka tiba di kem dua pada lewat petang atau malam semalam.
Allahyarham Awang Askandar disahkan maut Jumaat lalu selepas berdepan masalah kesihatan pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut iaitu sekitar 20 minit lagi untuk menawan puncak Everest.
Azim berkata, semalam juga berlaku kesesakan trafik di trek laluan memandangkan aktiviti pendakian di puncak tertinggi itu akan berakhir pada 28 Mei ini.
“Malah, kerja-kerja membawa turun jenazah juga perlu dilakukan secara teliti dan berhati-hati termasuk membalut jenazah dan mengikat pada pengusung. “Saya akan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa kerja-kerja membawa turun jenazah kepada semua pihak termasuk Kementerian Luar dan Malawakil di Nepal,” katanya.
Misi mencari dan menyelamat seorang lagi pendaki ME2023, Muhammad Hawari Hashim akan diteruskan hari ini hingga 28 Mei ini. “SAR memasuki hari kelima ini membabitkan enam malim gunung dipecahkan kepada dua kumpulan melibatkan pencarian di kem dua dan tiga,” katanya.- utusan