Bonus AKSB lukakan hati rakyat Kelantan

ANALISIS: Bonus AKSB lukakan hati rakyat Kelantan

TANGKAP layar yang menunjukkan tular mengenai pemakluman pembayaran agihan saguhati Hari Raya Aidlfitri berjumlah RM10,000 kepada ahli lembaga pengarah syarikat AKSB.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMBAYARAN saguhati Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM10,000 kepada ahli lembaga pengarah oleh syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) melukakan hati rakyat Kelantan.

Kesan luka itu bertambah ‘parah’ apabila Dewan Pemuda Pas Kelantan bangkit mempertahan tindakan itu dan menyifatkan pemberian saguhati tersebut adalah prosedur biasa.

Pemberian itu bagi menghargai kerja-kerja ‘memerah minda’ dalam memberi pandangan dan keputusan-keputusan dasar kepada pihak pengurusan dan tujuh daripada sembilan orang (ahli lembaga pengarah AKSB) adalah anggota yang profesional dalam aspek pengurusan dan teknikal air serta tiada apa-apa jawatan dalam parti.

Bagaimanapun, ramai yang marah dan menyifatkan pemberian saguhati itu tidak wajar dilakukan walaupun mendapat kelulusan.

Ini kerana kualiti perkhidmatan kepada rakyat didakwa tidak setimpal dengan apa yang diperoleh kecuali ‘air teh o’ yang kadangkala naik taraf menjadi ‘teh beng’ atau ‘kopi o’.

Bukan itu sahaja, ada kalanya lebih banyak bekalan ‘angin’ disajikan kepada pengguna berbanding air bersih yang merupakan keperluan utama rakyat disaat berdepan dengan cuaca panas ‘melampau’ ketika ini.

Situasi itu nyata memberi ‘tekanan’ kepada pengguna yang terpaksa ‘memerah minda’ untuk mencari jalan bagi mendapatkan bekalan cukup dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Sehinggakan ada yang sanggup mengeluarkan belanja ribuan ringgit menggali telaga tiub bagi mendapatkan sumber bahan mentah itu untuk minum, masak, mandi dan lain-lain.

Sudahlah begitu, setiap bulan ada dalam kalangan rakyat terpaksa membayar bil walaupun bekalan air tidak keluar.

Apa sekalipun setiap keputusan yang dibuat perlu meletakan kepentingan rakyat dihadapan dan bukan kumpulan semata-mata.

Notis tersebut antara lain memaklumkan, AKSB meluluskan pemberian saguhati sebanyak RM200 kepada semua kakitangan syarikat manakala Setiausaha syarikat kepada AKSB pula diberi RM2,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×