Belanda sedia pulangkan semula peninggalan sejarah milik Melaka

Belanda sedia pulangkan semula peninggalan sejarah milik Melaka

ZAIDI Attan menyampaikan cenderamata kepada Jacques Werner pada Majlis Penutupan Bengkel Kelestarian Pameran Kolonial Belanda di Bangunan Stadthuys, Banda Hilir, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Belanda bersedia memulangkan semula bahan peninggalan sejarah dan manuskrip
ketika era penjajahan negara itu pada 1641 sehingga 1824, jika ia benar memang milik Melaka.

Duta Besar Belanda ke Malaysia, Jacques Werner berkata, kerajaan Belanda sedia membantu negeri ini untuk membawa pulang artifak berharga tersebut.

Menurutnya, pihaknya telah sedia maklum mengenai perkara tersebut dan sedang mengumpul maklumat terperinci berhubung perkara berkenaan.

“Jika sekiranya apa-apa barangan bersejarah milik Melaka yang telah diambil semasa era penjajahan Belanda, kita sedia memulangkannya semula. Tetapi jika tinggalan sejarah itu milik mutlak Belanda ketika menjajah Melaka tetapi kita bersedia bekerjasama untuk membawanya ke sini untuk dipamerkan.

“Kita memerlukan masa untuk mendapatkan kebenaran dari galeri swasta atau milik individu lain bagi membolehkan tinggalan sejarah penjajahan Belanda dibawa ke Melaka,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penutupan Bengkel Kelestarian Pameran Kolonial Belanda di Bangunan Stadthuys, Banda Hilir di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan; Pengerusi Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Datuk Akramuddin Ab. Aziz dan Pengurus Besar Perzim, Fadhilah Md. Salleh.

Bangunan Stadthuys dibina oleh Belanda pada 1650 sebagai pejabat untuk gabenor dan timbalan gabenor.

Dalam pada itu, Werner berkata, pihaknya akan membantu Melaka untuk mendapatkan lebih banyak bahan peninggalan sejarah dan manuskrip sewaktu era penjajahan untuk dipamerkan di Bangunan Stadthuys.

“Kita menyedari terdapat keinginan besar kerajaan negeri untuk mempunyai lebih banyak peninggalan sejarah dari Belanda untuk dipamerkan. Kita memerlukan masa untuk mendapatkan kebenaran daripada galeri swasta dan individu lain di Belanda bagi berkongsi minat agar koleksi mereka dapat dipamerkan di Melaka nanti.

“Saya sedia membantu dengan cuba mendekati institusi dan juga individu di Belanda jika mereka sanggup menyerahkan peninggalan sejarah yang berada dalam simpanan untuk dipamerkan di sini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya