JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah baginda bahawa Institusi Diraja Johor dan kerajaan negeri akan memberi sokongan penuh kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk melaksanakan latihan di negeri ini. Titah baginda, latihan sedemikian penting dalam memperkukuh kesiapsiagaan operasi, meningkatkan keupayaan serta memperhalusi kemahiran diperlukan bagi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. “Saya berdiri teguh bersama ATM dan sokongan saya yang tidak berbelah bahagi akan sentiasa bersama anggota tentera…










