Bekalan telur ayam melebihi permintaan - Utusan Malaysia

Bekalan telur ayam melebihi permintaan

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekalan telur ayam dalam negara ketika ini berada pada tahap melebihi permintaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, peningkatan itu susulan kerjasama strategik antara Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan 11 pembekal utama di seluruh negara, bagi mengatasi isu kekurangan bekalan sebelum ini.

Katanya, beberapa langkah penguatkuasaan juga telah dilakukan bagi mengekang pencatutan harga, selain isu penyeludupan barangan bersubsidi berada pada tahap cukup baik.

“FAMA ketika ini mempunyai kapasiti membekalkan sebanyak 1.33 juta telur ayam seminggu yang diedar secara terus ke premis peruncitannya serta melalui kerjasama strategik dengan perantara pasaran.

“Sebanyak 28.1 juta telur ayam diedar ke 369 premis pemasaran FAMA seperti pasar tani, pasar tani kekal dan Agrobazar Kedai Rakyat, sehingga 8 Mei lalu.

“Selain itu, 59 peratus daripada bekalan (16.58 juta biji) sudah diedar melalui usaha pengaturan pasaran FAMA bersama usahawan pemasar,” katanya selepas mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Bilangan 3 Tahun 2023 di ibu negara, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya