Bayar penuh RM30,850 tunai haji luar tahun giliran

Bayar penuh RM30,850 tunai haji luar tahun giliran

SYED Saleh Syed Abdul Rahman menyantuni kumpulan kedua petugas haji berlepas ke tanah suci di Pusat Konvensyen Movenpick, Sepang, Selangor. - IHSAN TH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Bakal jemaah haji daripada golongan B40 yang rayuan mereka diterima meskipun di luar tahun giliran masih perlu membayar kos penuh untuk pakej haji secara muassasah.

Perkara berkenaan dijelaskan Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman sebagai merujuk kekeliruan isu kos tersebut.

“Jika di luar gilirannya, tidak kira B40 atau M40 atau T20 dia perlu bayar penuh sekiranya rayuan diterima tahun ini,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Konvensyen Movenpick semalam.

Terdahulu, beliau menyantuni kumpulan kedua seramai 160 petugas haji yang berlepas ke tanah suci meliputi kebajikan, perubatan, beberapa agensi luar dan media tempatan.

Mereka adalah sebahagian daripada 670 petugas yang digerakkan ke Arab Saudi bagi operasi haji musim ini dengan kumpulan pertama berlepas pada Jumaat lepas.

Isu bayaran haji musim ini menjadi topik panas umat Islam susulan kenaikan kos terutama mereka yang berjaya membuat rayuan bagi menunaikan ibadah berkenaan.

Ia ekoran kenyataan bekas Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji, Datuk Seri Amrin Awaluddin pada 21 Mac lalu yang menyatakan rayuan di luar giliran dikenakan kos penuh RM30,850.

Bayaran itu namun dikecualikan kepada kes rayuan sebagai mahram kepada jemaah atau menjadi pembantu kepada jemaah berusia lanjut terpilih untuk mengerjakan haji kali ini.


SERAMAI 160 petugas haji Lembaga Tabung Haji Musim Haji 1444H/2023M berlepas ke tanah  bagi membuat persediaan awal untuk menyantuni jemaah haji Negara.  Keberangkatan semua petugas dilakukan secara berperingkat menerusi beberapa siri penerbangan sepanjang fasa pertama operasi haji tahun ini. – IHSAN TABUNG HAJI

Mengulas lanjut, Syed Saleh yang juga Ketua Rombongan Haji Malaysia berkata, Tabung Haji sudah memberi penerangan berhubung isu ‘panas’ itu menerusi pelbagai wadahnya.

“Mungkin ada kekeliruan terutama bakal jemaah B40 yang rayuan diluluskan walhal bukan tahun giliran dan dia terkejut apabila perlu bayar penuh macam kumpulan T20,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan rasional kenapa B40 juga harus membayar penuh tetapi difahamkan ia kerana bakal jemaah itu mengisi kuota bukan tahun gilirannya.

Kelazimannya, ujar Syed Saleh, hanya B40 yang rayuan mereka diterima dan kebetulan memang tahun ini adalah giliran diperuntukkan itu layak membayar kos hanya RM10,980.

Situasi tersebut disebabkan mereka cuma mengisi balik kuota giliran asal tahun ini yang telah ditolak oleh bakal jemaah sudah menerima surat tawaran atas pelbagai sebab.

Tabung Haji akhir Mac lalu mengumumkan kenaikan bayaran haji mulai tahun antara RM1,000 sehingga RM3,000 dengan kumpulan M40 dikenakan caj sederhana sebanyak RM15,980.

Tahun ini, Malaysia menghantar 31,600 bakal jemaah iaitu kembali kepada jumlah kuota asal ditetapkan tiga tahun lepas berbanding hanya 14,306 orang pada musim 1443H lalu.

Penerbangan pertama ditetapkan Tabung Haji pada 21 Mei ini manakala penerbangan terakhir pula pada 21 Jun depan iaitu kira-kira seminggu sebelum bermulanya hari wukuf di Arafah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya