Azam bertemu MOT perjelas isu tiada laporan diambil tindakan

Azam bertemu MOT perjelas isu tiada laporan diambil tindakan

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertemu dengan pihak Kementerian Pengangkutan (MOT) berhubung isu laporan tidak diambil tindakan.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya sedang menetapkan tarikh temujanji untuk pertemuan tersebut untuk dapat diadakan segera dalam masa terdekat.

“Saya akan jumpa Menterinya, Anthony Loke Siew Fook untuk terang berhubung isu ada ratusan laporan tiada tindakan oleh beberapa agensi MOT,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof di Dewan Sri Satria, di sini hari ini.

Pada 9 Mei lalu, Azam mendedahkan lebih 500 laporan salah laku yang melibatkan MOT walaupun SPRM mengesyorkan tindakan diambil antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan.

Siew Fook dalam reaksi balasnya pada hari sama berkata, beliau bersedia berjumpa Azam bagi mendengar sendiri penjelasan kerana tiada pun maklumat yang diterimanya.

Mengulas lanjut, Azam menambah, pihak SPRM tiada masalah untuk mendedahkan dengan lebih terperinci berhubung isu tersebut untuk tindakan susulan pihak terbabit.

Menyentuh penyambungan kontrak selama setahun lagi bermula esok, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan diberikan.

Malahan beliau berjanji akan meneruskan iltizam bagi memerangi gejala rasuah yang masih wujud dan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak berkepentingan.

Semalam Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali mengumumkan penyambungan tempoh khidmat Azam dengan mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Azam mula memegang jawatan tersebut pada 9 Mei 2020 bagi menggantikan Latheefa Beebi Koya, yang mengambil keputusan mengejut memendekkan kontrak perkhidmatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya