Azam Baki perlu terus tegas, agresif banteras rasuah

Azam Baki perlu terus tegas, agresif banteras rasuah

AZAM BAKI dan JAIS ABDUL KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) meminta Tan Sri Azam Baki untuk terus tegas dan agresif dalam membanteras isu berkaitan rasuah di negara ini. 

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, seluruh warga MCW menzahirkan ucapan tahnaih dan menyatakan kesediaan penuh untuk bersama beliau dalam perjuangan itu. 

“Ayuh Tan Sri, terus tegas dan agresif dalam membersihkan rasuah di Malaysia yang tercinta ini,” katanya dalam kenyataan. 

Terdahulu, Utusan Online melaporkan, Azam dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tempoh setahun berkuat kuasa mulai 12 Mei ini. 

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pelantikan itu diperkenankan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.-utusan

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN