Az Zahra bergerak aktif laksana kerja-kerja kebajikan - Utusan Malaysia

Az Zahra bergerak aktif laksana kerja-kerja kebajikan

Isteri-isteri wakil rakyat PN Perlis yang juga ahli NGO Az Zahra pada Majlis Hi-Tea Sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-80 Raja Perlis di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Kangar, Perlis hari ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Badan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Perikatan Nasional Perlis (Az Zahra) mengambil inisiatif mendekati dan membantu orang kurang upaya (OKU) yang memerlukan di negeri ini.

Menerusi pemberian tersebut, tiga orang penerima OKU dari 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dipilih bagi menerima sumbangan berkenaan.

Yang Dipertua Az Zahra, Najwa Othman berkata, pertubuhan itu sememangnya merancang untuk melaksanakan program sedemikian secara tahunan bagi membantu lebih ramai pihak yang memerlukan.

“Kami juga merancang untuk memperhebatkan lagi aktiviti selepas ini bagi menggerakkan ahli-ahli secara aktif dengan memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan,” katanya selepas Majlis Hi-Tea Sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-80 Raja Perlis di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim: Naib Yang Dipertua Az Zahra, Datin Shamsiah Yasin dan isteri serta wakil-wakil rakyat PN negeri ini.

Dalam pada itu, Najwa berkata, penubuhan Az Zahra telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bermula sejak bulan lalu dan dianggotai oleh isteri wakil-wakil rakyat di negeri ini.

“Ahli kami dianggotai kebanyakkan daripada ahli golongan muda yang mempunyai idea-idea segar bagi menggerakkan pertubuhan ini,” katanya.

Tambahnya, dalam masa terdekat, Az Zahra juga bakal menerima kunjungan hormat daripada wakil dari Pertubuhan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan (Purnama) dan Pertubuhan Isteri Wakil-wakil Rakyat dan Isteri Pegawai Khas Menteri Besar Kedah (Pikat).

“Pertemuan tersebut adalah bagi kami bertukar-tukar pandangan dan merapatkan ukhwah antara satu sama lain,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya