Arahan, surat permohonan bubar DUN Selangor belum diterima - Speaker - Utusan Malaysia

Arahan, surat permohonan bubar DUN Selangor belum diterima – Speaker

NG SUEE LIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Arahan dan surat permohonan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor daripada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari belum diterima setakat ini.

Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim berkata, beliau masih menunggu arahan lanjut itu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Katanya, notis pembubaran DUN itu ditandatangi beliau selepas mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Sekiranya MB (Amirudin) mengadap dan mendapat perkenan baginda, saya akan memastikan semua urusan ini berjalan lancar.

“Notis permohonan pembubaran DUN itu kemudian diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi urusan lanjut yang membolehkan PRN diadakan,” katanya pada Majlis Perasmian Homestay Villa Chee dan D’Bendang Seafood Restoran di Sekinchan di sini, malam tadi.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan Amirudin dijangka menghadap Sultan Sharafuddin minggu kedua atau ketiga berhubung pembubaran DUN yang akan terbubar secara automatik pada 25 Jun depan.

Tambah Suee Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, semua urusan sidang DUN bagi penggal ke-14 juga sudah selesai selama dua minggu bermula pada 14 Mac lalu.

“Ini bermakna tugas saya sebagai Speaker bagi mempengerusikan mesyuarat sidang DUN sudah selesai bagi tempoh sepenggal atau lima tahun. Kita kini hanya tunggu waktu keramat dan tarikh terbaik untuk pembubaran DUN,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya