PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan 2,100 ladang ayam kontrak seluruh negara di ambang muflis susulan kelemahan polisi kerajaan mengawal sektor penting makanan negara itu. Ini merangkumi kira-kira 1,000 ladang ternakan ayam kontrak yang hampir semuanya diusahakan penternak bumiputera yang terlibat membekalkan kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan 2.2 juta ekor ayam setiap hari bagi memenuhi keperluan dalam negara, iaitu sebanyak 660,000 ekor ternakan itu. Sumber industri ternakan ayam wilayah…










