Anwar tiba di Sabah sempena lawatan kerja sehari

Anwar tiba di Sabah sempena lawatan kerja sehari

ANWAR Ibrahim tiba di Terminal 2, KKIA awal pagi ini sempena lawatan kerja sehari di Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pagi ini bagi lawatan kerja rasmi sehari di Sabah.

Pesawat khas dinaiki Perdana Menteri mendarat di Terminal 2 KKIA pada pukul 1.20 pagi.

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor serta Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan dan Datuk Shahelmey Yahya.

Lawatan kerja sehari Perdana Menteri itu antara lain adalah untuk membincangkan masalah bekalan air yang berlaku di negeri ini.

Anwar dijadual menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Pesta Kaamatan Peringkat negeri Sabah pada pukul 10 pagi ini.

Seterusnya beliau akan menghadiri Program Ramah Mesra bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 5 Briged di Kem Lok Kawi pada pukul 12.30 tengah hari sebelum ke Program Semarak Perpaduan Rakyat sempena Sesi Ramah Mesra bersama Paparian di Kinarut, Papar.

Beliau turut dijadualkan menghadiri Program Temu Anwar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada pukul 5 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya