Anwar perlu berani sahut cabaran isytihar harta - Utusan Malaysia

Anwar perlu berani sahut cabaran isytihar harta

ORANG Melayu kecewa dengan prestasi kerajaan perpaduan, kata Ahmad Faizal Azumu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyokong cabaran agar Perdana Menteri mengisytihar kesemua hartanya bagi membuktikan beliau bersih dan tidak terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.

Ahmad Faizal berkata, cabaran oleh Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim itu supaya rakyat tahu sumber harta Perdana Menteri.

“Jangan kita sentiasa menuding jari pada satu satu pihak tapi diri sendiri tak berani nak menunjukkan bagaimana beliau mampu hidup berpolitik dengan begitu mewah sepanjang di luar kerajaan dan kini tak ambil gaji (sebagai Perdana Menteri) sebagainya, still maintain wonderful life.

“Saya fikir memang patutlah (Anwar isytihar harta), rakyat juga nak tahu daripada mana datang duit, siapa sponsor helikopter, siapa sponsor billboard gergasi dan sebagainya.

“Semua orang nak tahu tapi kalau tak nak bagitahu, tak payahlah tuding jari pada orang lain,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersatu Perak di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sebelum ini, Mahathir mencabar Anwar untuk mengisytihar kesemua hartanya bagi membuktikan beliau bersih dan tidak terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.

Ini berikutan Anwar sering mengulangi pendirian konon ramai pemimpin dahulu kaya kerana rasuah dan beliau mempunyai berpuluh-puluh kotak bukti berkaitan tuduhan berkenaan.

Mahathir juga mendesak Anwar supaya mendedahkan kekayaan sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sebelum ini, Ahmad Faizal meminta PKR membentang kewangan parti itu kerana didakwa berbelanja besar semasa membantu kempen Anwar yang bertanding di Parlimen Tambun dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ahmad Faizal yang merupakan lawan Anwar di Parlimen Tambun pada PRU15 berkata, ini dapat dilihat menerusi bahan kempen khususnya billboard gambar Anwar yang terdapat di beberapa lokasi di Tambun semasa kempen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.