Anak muda harus contohi semangat kental T Ravichandran

Anak muda harus contohi semangat kental pendaki T Ravichandran

SARAH Ann (dua dari kanan) bergambar bersama T Ravichandran (dua dari kiri) yang selamat pulang ke tanah air selepas menyertai Ekspedisi Himalaya Sports Everest-Lhotse 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia khususnya anak muda harus mencontohi keberanian pendaki solo negara, T Ravichandran menyertai Ekspedisi Himalaya Sports Everest-Lhotse 2023 dalam cubaan melakar rekod negara baru-baru ini.

Jurucakap Penaja Himalaya Sports Malaysia, Sarah Ann berkata, meskipun beliau mengalami kecederaan radang dingin (frostbite), namun pihaknya tetap berbangga dengan pencapaiannya yang berjaya mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Himalaya Sports di gunung tertinggi di dunia, Everest pada 17 Mei, jam 12 tengah hari (waktu Nepal).

“Kami di Himalaya Sports amat bersyukur Ravichandran kembali ke Malaysia dengan selamat. Sebagai penaja Ravi, kami berbangga dengan pencapaiannya dan beliau berjaya mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Himalaya Sports di gunung tertinggi di dunia, Everest pada 17 Mei, jam 12 tengah hari (waktu Nepal).

“Walaupun Ravi tidak dapat menewas dua puncak Everest dan Lhotse, Kami tetap menganggap itu sebagai kemenangan atas keberanian dan keazamannya untuk mengharungi cabaran yang dihadapinya.

“Semangat kental Ravi Everest wajar dicontohi rakyat Malaysia. Apa yang dapat kita lihat daripada pencapaian Ravi, kami ingin memberi inspirasi kepada lebih ramai orang terutamanya golongan muda untuk terus percaya pada diri sendiri menghadapi segala cabaran dan rintangan dalam hidup. Tolak ke hadapan ke arah impian dan matlamat anda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, Ravichandran menyertai Ekspedisi Himalaya Sports Everest-Lhotse 2023 dalam cubaan untuk melakar rekod negara menjadi pendaki Malaysia pertama untuk menawan dua puncak Gunung Everest dan Lhotse hanya mengambil masa 24 jam.

Bagaimanpun, akibat kecederaan dijarinya radang dingin (frostbite) berulang kembali ketika hanya 200 untuk sampai puncak Lhotse, Ravi terpaksa dikejarkan ke hospital di Kathmandu, Nepal dengan menaiki helikopter.

“Kami di Himalaya Sports, menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup aktif untuk kesejahteraan fizikal dan mental.

“Sebagai tanda penghargaan kami ingin memberikan sedikit cenderamata kepada Ravi Everest. ‘Terima kasih untuk keberanian dan ketabahan anda selama menjalani ekspedisi Himalaya Sports Everest – Lhotse 2023 dan mengibarkan bendera Himalaya Sports di puncak Everest’,” ujarnya.

Sarah dalam masa yang sama turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Lt. Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub yang dilaporkan meninggal dunia ketika dalam misi menawan Everest.

“Kami juga berharap Muhammad Hawari Hashim selamat selepas dilapor hilang lepas tewas takluk Everest dapat dijumpai,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.