Aliff Aziz tak tahan cuaca panas - Bella - Utusan Malaysia

Aliff Aziz tak tahan cuaca panas – Bella

BELLA ASTILLAH ketika ditemui selepas majlis pelancaran pusat karaoke, Loud Speaker di Datum Jelatek, di sini, semalam.-UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cuaca panas terik yang melanda negara akhir-akhir ini ternyata mendatangkan keresahan buat ramai orang termasuk penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz.

Memberitahu situasi itu, isteri Aliff, Bella Astillah berkata, suaminya lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama anak-anak ketika cuaca panas yang boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

“Bella memang seorang yang boleh tahan panas tetapi kalau Aliff dia memang tak boleh tahan. Seorang tak tahan panas, saya pula tak tahan dengan suhu yang sejuk.

“Anak-anak pula semua kuat sejuk walaupun sudah pasang kipas dan pendingin hawa. Jadi, Bella yang perlu beralah,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran pusat karaoke, Loud Speaker di Datum Jelatek, di sini, semalam.

Berkongsi pengalaman menyambut Hari Raya Aidilfitri, Bella berkata, dia sekeluarga terpaksa membatalkan niat pulang ke Singapura disebabkan anaknya mengalami demam terlalu panas.

Jelasnya, situasi itu menyebabkan anaknya terpaksa dimasukkan ke hospital selama empat hari.

“Ini kali pertama anak diserang demam terlalu panas sampai sawan. Doktor pun nasihat jangan balik Singapura sebab kita tak tahu keadaan sekeliling terutamanya semasa menaiki penerbangan nanti.

“Namun, Bella bersyukur sebab keluarga mentua semua datang beraya di sini. Ikutkan Bella sudah beli tiket pergi dan balik ke sana,” katanya.

Pasangan penyanyi itu mendirikan rumah tangga sejak 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Ayden Adrian, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN