Alang ‘trauma’ terkenang bapa saudara diserang harimau - Utusan Malaysia

Alang ‘trauma’ terkenang bapa saudara diserang harimau

ALANG Kuang menunjukkan contoh gambar harimau yang dipercayai menyerang bapa saudaranya di Hulu Sungai Aring, kelmarin. – UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang kanak-kanak Orang Asli, Alang Kuang mengakui masih lagi ‘trauma’ selepas berdepan detik cemas apabila bapa saudaranya diterkam seekor harimau di bahagian kepala dalam kejadian di Hulu Sungai Aring, kelmarin.

Alang yang berusia lapan tahun merupakan saksi tunggal kejadian Halim Asin, 27, diserang pak belang itu semasa sedang memancing ikan di kawasan sungai berkenaan.

Alang berkata, semasa kejadian dia sempat menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam sungai dan berenang menuju ke tempat keluarganya berkhemah.

“Saya beritahu datuk (Asin Parang, 68) pak cik di­serang seekor harimau. Perasaan saya ketika itu sangat takut kerana melihat kejadian tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Aring 5 di sini semalam.

Sementara itu, Asin membe­ritahu, dia terkejut apabila Alang berlari ke arahnya dalam keadaan menangis dan ketakutan.

Katanya, selepas dimaklumkan berhubung kejadian itu dia terus bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira 500 meter tempat mereka berkhemah.

“Ketika sampai kami dapati Halim sudah tiada. Kami seramai tujuh orang menaiki rakit menuju ke Kampung Aring 5 kerana takut haiwan terbabit muncul kembali.

“Saya memaklumkan kepada penduduk kampung mengenai kejadian yang berlaku kepada Halim dan seterusnya membuat laporan di Balai Polis Paloh,” jelasnya.

Kelmarin akhbar ini melapor­kan, seorang lelaki Orang Asli suku kaum Bateq dikhuatiri menjadi mangsa serangan harimau ketika memancing di Sungai Aring­ 5.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, Halim sedang memancing bersama anak saudara, Alang, 8, sebelum dikatakan diserang haiwan liar berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya