Akui sudah ‘move on’, Puteri Sarah sibuk tawaran kerja berderet di Jakarta - Utusan Malaysia

Akui sudah ‘move on’, Puteri Sarah sibuk tawaran kerja berderet di Jakarta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Puteri Sarah Liyana, 38, tidak mahu menghabiskan masa memikirkan konflik rumah tangga sebaliknya mahu memberikan fokus kepada kerjaya di Jakarta.

Mengakui sudah move on, ibu dua anak itu enggan memberi apa-apa komen mengenai kemelut perkahwinan dengan suami, Syamsul Yusof, malah menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah.

“Saya tidak mahu komen tentang itu lagi dan tak mahu buang masa. Saya sudah move on dan ingin terbang tinggi.

“Esok selepas sesi mahkamah, saya akan terbang ke Jakarta kerana ada tawaran tuntutan kerja di sana. Sibuk itu bagus.

“Episod hidup saya yang itu (konflik rumah tangga) saya nak tutup. Sekarang saya mahu terbang tinggi,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di majlis pratonton drama Hijrah Jannah, hari ini.

Sarah bakal terlibat dengan beberapa projek filem bersama pengarah terkenal Indonesia, Hanung Bramantyo.

Bukan itu sahaja, Sarah turut mengintai peluang mengembangkan perniagaannya di Jakarta, di samping bakal terlibat projek lain bersama Ade Govinda.

Pada 18 April lalu, Syamsul, 39, enggan memberi lafaz cerai terhadap Puteri Sarah berikutan tiada persetujuan mengenai beberapa terma.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, 16 Januari lalu.

Kemelut rumah tangga dua selebriti itu belum menemukan jalan penyelesaian selepas Syamsul mendedahkan sudah bernikah kali kedua dengan seorang wanita bernama Ira Kazar di Thailand, awal tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.