MEKAH: Tiada sebarang perubahan pada aktiviti dan program yang telah diaturkan untuk jemaah haji ekoran pengumuman amaran hujan lebat, ribut pasir dan banjir kilat yang dikeluarkan oleh direktorat pertahanan awam Arab Saudi baru-baru ini. Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, setakat ini, amaran yang dikeluarkan pada 26 Mei lalu dan berlarutan sehingga Rabu ini itu tidak menyebabkan malapetaka atau bencana yang boleh menyebabkan pergerakan terbatas.…









