Aksi gelek, penganjur tidak faham konsep seni - Mufti Melaka

Aksi gelek, penganjur tidak faham konsep seni – Mufti Melaka

TANGKAP layar video tular yang memaparkan seorang pempengaruh media sosial bersama dua individu lain yang menyampaikan lagu dangdut dan memperagakan aksi gelek pada satu acara di Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebarang bentuk acara yang mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan dan aktiviti budaya perlu mempunyai garis panduan yang jelas serta sesuai dengan norma kehidupan seorang muslim.

Mufti Melaka, Datuk Abd. Halim Tawil berkata, pihak penganjur juga diminta supaya lebih berhati-hati dalam setiap acara yang dianjurkan pada masa depan.

Jelasnya, usaha itu penting bagi menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

“Bagi pihak agensi agama Islam negeri khususnya saya yakin bagi pihak kerajaan negeri juga, saya mengharapkan pihak penganjur lebih berhati-hati dalam setiap program sama ada berbentuk mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan, aktiviti budaya dan sebagainya.

“Program itu mestilah mempunyai garis panduan yang jelas untuk diikuti setiap peserta, hatta artis sebagaimana kita menjaga nilai dan norma sebagai seorang muslim dengan akhlak serta perlakuan yang menjadi contoh kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui pada Konvensyen Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, hari ini.

ABD. HALIM Tawil bercakap kepada pemberita pada Konvensyen KAFA di MITC, Ayer Keroh, Melaka. – UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas satu video tular yang memaparkan seorang pempengaruh media sosial bersama dua individu lain yang menyampaikan lagu dangdut dan memperagakan aksi gelek pada satu acara di negeri ini.

Tambah Abd. Halim, pihaknya terkilan kerana keadaan yang berlaku itu tidak menggambarkan etika dan akhlak serta tidak memahami konsep seni serta budaya dalam kehidupan masyarakat Melayu Islam, khususnya di Malaysia.

Semalam, beberapa pemimpin antaranya Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman mengecam tindakan tersebut yang dianggap sebagai murahan dan tidak bermoral. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.