Ahmad Samsuri tidak terima tawaran ajak Pas sertai Kerajaan Perpaduan - Utusan Malaysia

Ahmad Samsuri tidak terima tawaran ajak Pas sertai Kerajaan Perpaduan

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA TERENGGANU:  Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mendakwa beliau tidak pernah menerima tawaran untuk mengajak Pas menyertai Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Pada masa sama, menurut Menteri Besar Terengganu itu, beliau tidak mengetahui sekiranya terdapat pemimpin Pas lain yang menerima tawaran tersebut sebelum ini.

“Kalau tawaran (Pas sertai Kerajaan Perpaduan) yang datang kepada saya sendiri, memang tidak ada setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian dana sumbangan pendidikan Yayasan Pendidikan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Yang Dipertua Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin menyempunakan perasmian majlis tersebut.

Baru-baru ini, Abdul Hadi mendedahkan terdapat beberapa pemimpin Pakatan Harapan  (PH) berjumpa dengannya dan menawarkan Pas menyertai Kerajaan Perpaduan.

Abdul Hadi mendakwa, tawaran itu muncul kerana Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR menyedari kedudukannya tidak kukuh, apatah lagi jumlah kerusi Melayu parti berkenaan tidak sebanyak Pas.

Bagaimanapun, Ahmad Samsuri  berkata, banyak perkara berhubung tawaran tersebut dibincangkan secara umum dalam kalangan pemimpin parti.

“Memang ada dibincangkan (tawaran menyertai Kerajaan Perpaduan) sebagaimana yang didedahkan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Namun, jika hendak tahu lebih lanjut mengenainya, kena dapatkan komen daripada Tuan Guru (Abdul Hadi) sendiri.

“Dari segi parti pula, lebih elok tanya kepada Setiausaha Agung Pas (Datuk Seri Takiyuddin Hassan),’ ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya