Agong perkenan lima akta dilulus Dewan Rakyat - Utusan Malaysia

Agong perkenan lima akta dilulus Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenan lima akta yang diluluskan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15, April lalu.

Ketika memulakan mesyua­rat semalam, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng berkata, ia melibatkan Akta Perbekalan 2023; Perbekalan Tambahan (2022) 2023; Akta Kanun Ke­seksaan (Pindaan) 2023; Akta Kanun Acara Jenayah (Pindaan) 2023 dan Akta Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023.

Alice turut memaklumkan dewan mengenai perutusan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim menyatakan persetujuan Dewan Negara terhadap kesemua 13 rang udang-undang (RUU) yang diluluskan Dewan Rakyat pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang lalu.

RUU yang diluluskan Dewan Rakyat iaitu RUU Perbekalan 2023; Perbekalan Tambahan (2022) 2023; Kewangan 2023 dan Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023.

Pemerkasaan undang-undang terhadap pesalah jenayah kanak-kanak turut mendapat perhatian Dewan Rakyat apabila RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 dan Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 diluluskan.

Selain itu RUU Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan); Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dan Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023 turut diluluskan.

Dewan Rakyat juga meluluskan RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023; Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023; Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN