83 peratus perbincangan hadapi PRN selesai - MB Selangor

83 peratus perbincangan hadapi PRN selesai – MB Selangor

AMIRUDIN Shari (kanan) bersama Salahuddin Ayub (dua, kiri) beramah mesra bersama pengunjung yang membeli barangan di Tapak Jualan Mega Ehsan Rahmah (JER) selepas majlis pelancaran di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ampang, Selangor, hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Kerajaan Selangor sudah mencapai 83 peratus perbincangan antara parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perbincangan telah dilakukan beberapa kali di peringkat Negeri Selangor dan peringkat Persekutuan, malah lebih 83 peratus perbincangan sudah selesai.

Katanya, beliau percaya dalam masa terdekat keputusan perbincangan akan diputuskan oleh presiden parti dan jawatankuasa Kerajaan Perpaduan sendiri.

“Pembubaran akan berlaku pada 25 Jun secara automatik, sebelum pembubaran kami akan selesaikan perbincangan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Program Jualan Mega Ehsan Rahmah di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Menurut Amirudin, mengikut perjanjian yang telah ditetapkan di mana parti yang menang pada penggal lepas akan kekal bertanding seperti V Ganabatirau bawah parti DAP boleh bertanding sekiranya dicalonkan.

“Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah setuju dengan perbincangan yang dilakukan tetapi masih belum mendapat pengesahan daripada kelompok kumpulan tertinggi parti,” katanya.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Kemuning, V Ganabatirau tidak akan mempertahankan kerusinya kerana mahu menumpukan perhatian kepada kawasan Parlimen Klang yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, saya tidak berhasrat untuk bertanding kerusi DUN kerana saya ingin memberi tumpuan kepada kawasan Parlimen kerana banyak perkara yang perlu dilakukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya