60,000 hadap kesesakan akibat tiada jalan penghubung

60,000 hadap kesesakan akibat tiada jalan penghubung

SEBAHAGIAN penduduk Taman Lestari Putra, Seri Kembangan mendesak pembinaan jalan penghubung yang terbengkalai lebih 15 tahun. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERI KEMBANGAN: Lebih 60,000 penduduk sekitar Bandar Putra Permai di sini terpaksa menghadap kesesakan lalu lintas saban hari ekoran ketiadaan beberapa jalan penghubung atau missing link antara taman perumahan yang terbengkalai lebih 15 tahun lalu.

Bandar Putra Permai mempunyai 13 taman perumahan dan penduduknya tiada akses jalan keluar yang mencukupi meng­akibatkan berlaku kesesakan terutama pada waktu puncak.

Lebih memburukkan, penduduk di Taman Lestari Putra misalnya, terpaksa guna jalan jauh kira-kira enam kilometer untuk keluar ke jalan utama terutama ke arah satu-satunya sekolah di Taman Desaminium berbanding 800 meter jika jalan penghubung itu dibina.

Apatah lagi, banyak projek pembangunan perumahan baharu dibina termasuk pembinaan Trafik Aliran Massa (MRT), namun jalan akses yang disyaratkan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) kepada pemaju gagal dipatuhi mengakibatkan penduduk terus berhadapan masalah kesesakan tanpa penyelesaian.

Salah satu laluan missing link di Taman Equine pula jika di­selesaikan, mampu menyuraikan trafik terus ke Kota Perdana dan Taman Lestari Putra tanpa menambah sesak laluan di hadapan Stesen MRT Taman Equine yang rata-rata trafik menghala ke susur masuk atau keluar ke Le­buhraya maju (Mex) Seri Kembangan.

Menurut wakil penduduk Taman Dato Demang, Shaik Shaszari Shaik Sulaiman, pihak berkuasa tempatan perlu ambuk tanggungjawab isu missing link ini untuk mencari solusi tanpa terus beri alasan kegagalan pemaju.

“Salah satu missing link di Taman Equine dikatakan syarat oleh MBSJ terhadap pemaju Taman Dato Demang yang pembangunannya 90 peratus siap, hanya Rumah Selangorku yang pemaju ini belum mulakan pembinaan.

“Sebuah lagi pemaju sudah pun gulung tikar, jadi tidak salah kalau masalah ini disebabkan pemantauan lemah di pihak MBSJ dalam memastikan pemaju mematuhi syarat ini.

SHAIK SHASZARI SHAIK SULAIMAN

“Lebih-lebih lagi dalam isu penyuraian trafik yang agak teruk di kawasan ini tahun demi tahun ditambah beberapa pembanugunan baharu yang siap dan sedang dalam pembinaan terletak dalam radius missing link ini.

“Kenapa tak syaratkan atau perkongsian kos kepada pemaju-pemaju baharu ini jika pemaju lama dikira telah gulung tikar dan pelbagai alasan untuk patuhi syarat siapkan missing link ini?” katanya di sini semalam.

Beliau berkata,  kali terakhir isu ini pernah dibangkitkan pada Mei 2019 di mana lawatan tapak dijalankan bersama Ahli Parlimen Puchong ketika itu, Gobind Singh Deo, namun sehingga kini ia masih tidak diselesaikan.

Dalam pada itu, wakil NGO Skuad Warga Prihatin LEP, Norizal Razali berkata, wakil penduduk telah mengadakan pertemuan dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), MRT Corp termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Dr. Siti Mariah Mahmud dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Izham Hashim pada awal tahun ini bagi mengatasi masalah aliran trafik di sekitar Bandar Putra Permai.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini masih belum ada sebarang keputusan hasil daripada mesyuarat tersebut terutama isu missing link berkenaan.

NORIZAL RAZALI

“Aduan kami terhadap kesesakan jalan serta isu missing link ini menjadi satu perkara misteri bagi kami walaupun ia acap kali disuarakan penduduk.

“Kawasan perumahan di sini sepatutnya ada lima akses jalan keluar, tetapi sampai sekarang sejak lebih 15 tahun tidak dilaksanakan jalan-jalan tersebut. Sekarang ini pembinaan kediaman semakin banyak ditambah pula terdapat dua apartmen dan kondominium baharu selain pembinaan MRT.

“Jadi sampai bila penduduk perlu menderita kerana ketiadaan akses keluar masuk lebih mudah. Untuk langkah segera kami minta jalan keluar ke sekolah ini dibina terlebih dahulu,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya