GUA MUSANG: Kebimbangan lebih 4,000 penduduk Orang Asli di Pos Brooke di sini masih belum berakhir apabila mendakwa gajah liar bebas berkeliaran di kawasan perkampungan mereka sejak Januari lalu. Penduduk mendakwa, kejadian terbaharu dikesan pada Ahad lalu apabila gajah terbabit bebas berkeliaran di kawasan pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan merosakkan pokok pisang dan paip air di kawasan sekitar. Penghulu Kampung Jekjok, Jubir Sekmo, 52, berkata, gajah berkenaan bukan sahaja memusnahkan kawasan perkebunan mereka tetapi juga tersesat masuk ke kawasan klinik kesihatan dan sekolah. Katanya, ketika ini mereka masih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya