21 majikan tidak daftar perniagaan, carum pekerja didakwa 

21 majikan tidak daftar perniagaan, carum pekerja didakwa 

FARIHAH Che Husin (kiri) menyerahkan faedah pengurusan jenazah kepada Nur Farahah Shahdan di Kampung Pengkalan Batu, Kuala Nerus, Terengganu, semalam. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Sebanyak 21 majikan didakwa di mahkamah sejak Januari sehingga April lalu kerana tidak mendaftar perniagaan dan mencarum pekerja masing-masing.

Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu, Farihah Che Husin berkata, kesalahan tersebut melanggar Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Akta Insurans Pekerjaan 2017.

Menurutnya, dalam tempoh sama juga, sebanyak 27 majikan turut dikompaun kerana lewat melaporkan kemalangan.

Kata beliau, pihaknya mendapati sebahagian besar majikan yang degil dan gagal mencarum pekerja terdiri daripada majikan dalam perusahaan restoran serta kedai makan.

Katanya, terdapat majikan yang tidak mengambil berat atau culas dengan kebajikan pekerja mereka sama ada pekerja tempatan dan pekerja warga asing.

“Untuk rekod tahun lalu, 32 majikan telah disabitkan dengan kes pendakwaan mengikut Seksyen 94 Akta Keselamatan Pekerja 1968 manakala 77 lagi dikenakan notis kompaun.

“Kesalahan gagal mencarum atau mendaftar boleh menyebabkan majikan didenda maksimum RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya,” kataya..

Farihah berkata demikian selepas menyerahkan faedah pengurusan jenazah kepada balu kepada seorang mangsa kemalangan, Nur Farahah Shahdan di Kampung Pengkalan Batu di sini, hari ini.

Dalam kemalangan itu, suami Nur Farahah, Mohd. Husaini Amir, 29, dan adiknya, Muhammad Amirul Syafiq, 25, maut selepas melanggar belakang sebuah lori di KM257.4 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Senawang, Negeri Sembilan, Jumaat lalu.

Tambah Farihah, Perkeso kini giat menjalankan Op Pemutihan bermula Mei sehingga 30 Jun bagi mengajak majikan tampil mendaftar dan mencarum secara sukarela.

Farihah berkata, sepanjang tempoh itu, tiada kompaun atau pendakwaan akan dikenakan ke atas majikan yang didapati lewat mendaftar serta mencarum pekerja seperti ditetapkan akta. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya