200 penduduk tertindas, pajakan tanah adat kepada syarikat luar

200 penduduk tertindas, pajakan tanah adat diberi kepada syarikat luar

PENDUDUK kampung mengadakan perhimpunan di hadapan Menara Kinabalu semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kira-kira 200 penduduk di Sapulut, Nabawan berasa tertindas apabila pajakan kecil tanah adat yang diduduki sejak berpuluh tahun masih diteruskan oleh kerajaan.

Pajakan kecil yang bermula sejak 2012 itu diteruskan sehingga tahun depan namun, sampai sekarang penduduk tidak mene­rima sebarang bayaran dividen daripada hasil pajakan tersebut.


HISHAMUDDIN Hashim (kanan) semasa sidang akhbar di Menara Kinabalu hari ini

Justeru, penduduk kampung berusaha untuk mendapatkan geran tanah adat agar dapat mengusahakan atau membangunkan sendiri tanah berkenaan tanpa campur tangan syaikat luar.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim berkata, permohonan mendapatkan geran tanah adat telah dilakukan sebelum ini namun, tidak mendapat kelulusan.

Pada masa ini, status tanah penduduk masih di bawah geran komunal yang memperlihatkan sebahagian penduduk kampung tidak tersenarai sebagai pemilik geran. Malah, ada beberapa nama yang tersenarai bukan penduduk asal di situ.

“Kami ingin bertanya mengapa usaha kerajaan sebelum ini untuk menggantikan geran komunal kepada geran tanah adat tidak dihentikan dan dimansuhkan.

“Susulan itu, pajakan kecil yang didaftarkan bermula 2012 diteruskan kerana pemansuhan geran komunal telah ditarik balik. Geran komunal itu dikekalkan atas arahan kerajaan,” katanya semasa menyerahkan memorandum kepada wakil Jabatan Ketua Menteri di hadapan Menara Kinabalu di sini semalam.

Beliau tidak pasti mengapa pemansuhan geran komunal yang membawa kebaikan kepada rakyat itu ditarik balik kerana tindakan mengekalkan status geran komunal menyebabkan penduduk tempatan terus tertindas oleh syarikat yang diberi pajakan.

Maka, beliau merayu kerajaan untuk menyelami masalah rakyat yang mahukan isu geran tanah adat ini diselesaikan agar tiada rakyat yang merempat di tanah sendiri.

Terdahulu, MHO turut menyerahkan dokumen kepada SPRM Sabah bagi menyi­asat dakwaan salah laku yang terlibat dalam permohonan geran tanah 62 penduduk di Kampung Minusoh Tongod.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN