1,300 perwakilan sertai Konvensyen Perpaduan Kedah

1,300 perwakilan sertai Konvensyen Perpaduan Kedah

MAHDZIR Khalid (tengah) pada sidang akhbar menjelang Konvensyen Perpaduan Negeri Kedah yang akan diadakan Ahad ini di Alor Setar. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bakal merasmikan Konvensyen Perpaduan Negeri Kedah yang dijangka disertai kira-kira 1,300 perwakilan, Ahad ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, konvensyen tersebut yang bakal berlangsung di Dewan Pusat Perniagaan Ampang (ABC), Ampang Jajar, di sini bertujuan memeperkukuh jalinan kerjasama antara semua parti yang terlibat dalam gabungan tersebut.

Selain itu katanya, konvensyen itu juga bakal menjadi medan untuk semua pihak menyusun langkah bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Konvensyen itu akan melibatkan perbincangan meja bulat antara peserta dari kesemua 15 Parlimen di Kedah. Secara keseluruhannya, dijangka terdapat kira-kira 1,300 perwakilan yang akan menyertai konvensyen itu mewakili semua parti dalam kerajaan Perpaduan.

“Selain itu konvensyen tersebut akan disulami dengan pembentangan oleh beberapa panel berpengalaman seperti Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Dr. Ismail Salleh.

“Pembentangan pertama bertajuk ‘Melonjak Kedah bersama perpaduan’ manakala pembentangan kedua berjudul ‘Perpaduan mengangkat agenda rakyat Kedah,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Tunku, di sini, hari ini.

Penganjuran konvensyen itu merupakan susulan kepada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad lalu.

Mengulas penerimaan akar umbi di Kedah terhadap gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang baru dijalin, Mahdzir berkata, penerangan dijalankan dari masa ke semasa mula menampakkan hasil, sekali gus mengenepikan rasa kekok antara ahli di semua peringkat terhadap kerjasama parti-parti terlibat.

“Ada juga pihak menuduh kononnya UMNO berkompromi terhadap perjuangan Melayu kerana berkawan dengan PH. Saya tak fikir begitu kerana kerajaan ini masih didominasi Melayu terutamanya melalui majoriti kerusi yang ada di Parlimen.

“Perkara itu diakui sendiri oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan. Stigma mengenai perkara itu memang ada tetapi saya fikir orang Kedah boleh fikir mengenainya,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.