10 negara sertai Kejohanan Karate Antarabangsa Okinawa Goju-Rhyu Terbuka Bandaraya Ipoh - Utusan Malaysia

10 negara sertai Kejohanan Karate Antarabangsa Okinawa Goju-Rhyu Terbuka Bandaraya Ipoh

JASVINDER Singh (tiga dari kanan) dan Mazlan Mohamad (tiga dari kiri) menunjukkan poster Kejohanan Karate Antarabangsa Okinawa Goju-Rhyu Terbuka Bandaraya Ipoh pada sidang akhbar di Kompleks MSN di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak 10 negara akan menyertai kejohanan Karate Antarabangsa Okinawa Goju-Rhyu Terbuka Bandaraya Ipoh yang akan berlangsung di Arena Badminton MBI Ipoh di sini pada 12 hingga 14 Mei ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Kejohanan Ke-19 itu, Datuk Dr. Jasvinder Singh berkata, negara-negara terbabit adalah India, Nepal, Sri Lanka, Indonesia, Thailand, Brunei, Switzerland, Afrika Selatan, Singapura, Uzbekistan dan Malaysia.

Menurutnya, seramai 1,500 atlet terbabit dalam kejohanan yang diadakan sempena Tahun Melawat Ipoh.

“Kejohanan membabitkan dua jenis acara iaitu kumite dan kata. Sebanyak 36 kategori dipertandingkan iaitu Children, Cadet and Junior serta Senior,” katanya dalam pada sidang akhbar di Majlis Sukan Negeri (MSN) di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah MSN Perak, Mazlan Mohamad dan Presiden Persatuan Karate do Goju-Rhyu Perak, K. Ananthan.

Jasvinder berkata, kejohanan dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar pada 12 Mei di Kelab Golf Diraja Perak (RPGC) di sini manakala majlis penutupan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hanna Yeoh Tseow Suan pada 14 Mei. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN