Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong tiba di Melaka

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong tiba di Melaka

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di LTAM, Batu Berendam, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam di sini untuk memulakan lawatan ke Melaka selama dua hari.

Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Abd. Rahman.

Pesawat khas membawa Seri Paduka berserta pengiring mendarat kira-kira pukul 11.56 pagi tadi.

Turut menyambut ketibaan ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan isteri, Datin Seri Zuriyah Abd. Aziz; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari serta barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Petang ini, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong dijadual berangkat melawat Bazar Ramadan Peringgit, selain turut berkenan ke Majlis Pemasyhuran Masjid Ar-Razak, Bachang dan seterusnya berbuka puasa bersama rakyat.

Sebelum berangkat pulang, Seri Paduka dijadual menerima mengadap Ahli Majlis, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Majlis Penyampaian Cendera Kenangan Kerajaan Negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya