Yang di-Pertuan Agong berkenan terima sembah taklimat MAIM

Yang di-Pertuan Agong berkenan terima sembah taklimat MAIM

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) selepas menerima sembah taklimat oleh Pengerusi MAIM di sebuah hotel di Banda Hilir, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima sembah taklimat oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Seri Sulaiman Md. Ali di sebuah hotel di Banda Hilir di sini, hari ini.

Seri Paduka turut berkenan menerima laporan prestasi dan pencapaian MAIM sepanjang tahun lalu.

Turut dibentangkan adalah perancangan MAIM bagi 2023, merangkumi skim bantuan zakat baharu dengan memfokuskan bantuan zakat kepada golongan asnaf dan mualaf.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam; Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh, barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) serta Ahli Majlis MAIM.

Sebelum berangkat pulang, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima cendera kenangan daripada kerajaan negeri yang disampaikan Mohd. Ali.

Semalam, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam untuk memulakan lawatan ke Melaka selama dua hari.

Pesawat khas membawa Seri Paduka berserta pengiring mendarat kira-kira pukul 11.56 pagi.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan mencemar duli melawat Bazar Ramadan Peringgit, petang semalam.

Seri Paduka kemudiannya berangkat menghadiri Majlis Pemasyhuran Masjid Ar-Razak, Bachang dan seterusnya berbuka puasa bersama rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya