MELAKA: DNA UMNO sebagai parti memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu kekal, meskipun landskap politik negara berubah di mana parti perlu menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan perpaduan di Persekutuan termasuk Perak, Pahang dan Melaka. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Menteri Melaka baharu, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, UMNO kini merupakan kuasa pengimbang yang dipertanggungjawabkan menjadi peneraju orang Melayu pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Beliau…