Tune Protect mahu tingkat kesedaran ambil insurans

Tune Protect mahu tingkat kesedaran ambil insurans

MASKOT Mamak Cyber dan T.P The Thumb beramah mesra dengan pengunjung semasa program Gerila Mamak Cyberdi Bazar Ramadan Seksyen 13 Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kemeriahan dirasai dalam program Gerila Mamak Cyber bersama Tune Protect di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, di sini semalam.

Pengunjung bazar tersebut diberikan belon serta sampul duit percuma dalam program yang dianjurkan bersama Media Mulia Sdn. Bhd. dan Tune Protect.

Ketua Bahagian Penjenamaan, Komunikasi dan Korporat Sosial Tune Protect, Esther Chew berkata, program tersebut dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada pengunjung bahawa pentingnya melanggan pelan perlindungan kesihatan.

“Pemilihan bazar Stadium Shah Alam sebagai lokasi program kerana bazar tersebut antara yang paling ramai dikunjungi di Selangor.

“Kami menyasarkan untuk menarik lebih ramai rakyat Malaysia mengambil insurans daripada Tune Protect,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, pengunjung berpeluang memenangi hadiah istimewa sekiranya mereka memuat turun aplikasi dan melanggan Tune Protect di telefon pintar mereka.

Menceritakan mengenai aplikasi Tune Protect, kata Esther, aplikasi tersebut mempunyai beberapa pilihan aplikasi kesihatan kepada penggunanya seperti mengira jumlah langkah penggunanya dalam sehari, berapa lama penggunaannya tidur dalam sehari dan lain-lain.

“Di khemah acara, pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah seperti pen, pelekat kereta, bag dan lain-lain lagi dengan bermain roda impian.

“Hari ini (Sabtu), program Gerila Mamak Cyber bersama Tune Protect dijalankan di bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur dan kami harap ramai pengunjung bazar tersebut dapat menyertai program yang disediakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN