Topi, tikar mengkuang hiasan indah Aidilfitri

Topi, tikar mengkuang hiasan indah Aidilfitri

AMINAH Naim menunjukkan cara menganyam topi mengkuang ketika ditemui dalam program Media Fam Trip Tourism Selangor bersama Media Mulia Sdn. Bhd. dekat Nazbell Cottage & Garden, Sungai Panjang, Sabak Bernam, Selangor. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Tidak mene­rima tempahan tetapi menjangkakan permintaan akan tinggi terhadap produk kraftangan seperti topi dan tikar mengkuang terutama pada sambutan Aidilfitri.

Menurut pengusahanya, Aminah Naim, musim perayaan menyebabkan dia sibuk memastikan bekalan produk dianyamnya sendiri itu sentiasa tersedia untuk memenuhi permintaan saudara mara dan rakan yang berkunjung ke rumahnya pada hari raya.

“Saya tidak ambil tempahan kerana memang tahu tidak akan menang tangan. Jadi, saya cuma buat sekadar termampu, dalam masa tiga hari boleh siapkan lima pasang topi mengkuang, cukuplah untuk dijual kepada saudara dan rakan yang hendak membeli.

“Topi dan tikar mengkuang masih ada permintaan, kerana ramai yang membeli dan menjadikannya sebagai hiasan. Ini kerana bentuknya klasik diperbuat daripada daun mengkuang dan pelepah kelapa sawit,” katanya ketika ditemui pada program Media Fam Trip Tourism Selangor bersama Media Mulia Sdn. Bhd. dekat Nazbell Cottage & Garden, di sini semalam.

Dia yang sudah lebih 60 tahun mengusahakan produk kraf itu menambah, topi dan tikar mengkuang mempunyai khasiat tersendiri termasuk digunakan untuk menyejukkan badan.

Jelas Aminah, 73, disebabkan itu ia menjadi tradisi bagi golongan petani atau nelayan menggunakan topi mengkuang sebagai pelindung daripada panas matahari ketika bekerja.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×