Tomok jual seluar, baju - anak tertumpah pengilat kuku di butik

Tomok berjaya jual seluar, baju – anak tertumpah pengilat kuku di butik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Tomok akhirnya menarik nafas lega selepas semua baju dan seluar dari butik pakaian berjenama yang terpaksa dibayar ganti rugi berjaya dijual semula kepada pembeli baharu.

Berita gembira itu dikongsikan Tomok atau nama lengkapnya, Shah Indrawan Ismail menerusi ruangan komen yang dimuat naik dalam Instagram, hari ini.

“Dah sold out guys! (terjual) Terima Kasih,” tulisnya ringkas.

Semalam, Tomok menerusi rakaman video di Instagram memberitahu dia terpaksa membayar ganti rugi berjumlah RM5,593 selepas anaknya menumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar secara tidak sengaja di butik itu.

Tomok berkata, anaknya tertumpahkan pengilat kuku di atas empat helai seluar yang setiap satu berharga RM1,299 dan baju berharga RM899.

Insiden itu menyebabkan Tomok tidak dibenarkan keluar dari premis itu oleh pihak pengurusan butik selagi dia belum menjelaskan pembayaran ganti rugi itu.

Tomok akhirnya berjaya membuat pembayaran selepas diberikan diskaun.

“Saya nak jual seluar dan baju kepada sesiapa yang nak sebab bukan saiz saya dan terlalu besar.

“Dah nak raya, ini adalah ujian untuk saya. Inshaa Allah ada rezeki lain untuk saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN