Tiga pemimpin galas tanggungjawab terajui sayap UMNO Sabah

Tiga pemimpin galas tanggungjawab terajui sayap UMNO Sabah

SUFIAN ABDUL KARIM, UMMI NABILAH JAMAL dan NORAINI IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tiga pemimpin UMNO Sabah sedia menggalas tanggungjawab untuk menerajui pimpinan di peringkat sayap Wanita, Puteri dan Pemuda.

Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Noraini Idris, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabah, Ummi Nabilah Jamal dan calon berpotensi dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Sabah, Sufian Abdul Karim antara muka baharu yang akan menerajui pimpinan sayap parti di negeri ini.

Noraini yang pernah dilantik sebagai Senator Dewan Negara akan menerajui pimpinan Wanita UMNO Sabah bagi menggantikan Datuk Jainab Ahmad Ayid yang memegang jawatan tersebut sebelum ini.

Mengenai pelantikan itu, Noraini menyatakaan kesediaan untuk menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan terhadapnya bagi membantu UMNO menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Ummi Nabilah pula dilantik sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabah bagi menggantikan Datuk Fadilah Sarbi.

Sementara itu, Sufian antara calon yang disebut-sebut untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah bagi menggantikan Ir Abdul Aziz Julkarnain.

Sufian pernah bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pitas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020.

Walau bagaimanapun, pelantikan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah masih belum diumumkan secara rasmi.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya