ALOR GAJAH: Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dirasakan suram buat Zainab Mansor, 57, berikutan ini kali pertama dia menyambut lebaran tanpa suami yang meninggal dunia secara mengejut kira-kira enam bulan lalu akibat batuk berpanjangan. Zainab yang kini menggalas tugas membesarkan dua lagi anak yang masih bersekolah berkata, arwah suaminya meninggal dunia setelah ditidurkan doktor kerana komplikasi batuk kronik selama hampir dua bulan. Ujarnya, sebelum ini suaminya pernah mengadu ada…