Tiada unsur jenayah berhubung kematian anggota S Club 7 - Utusan Malaysia

Tiada unsur jenayah berhubung kematian anggota S Club 7

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Polis menolak sebarang unsur jenayah membabitkan kematian anggota kumpulan S Club 7, Paul Cattermole.

Lapor Daily Mail, bagaimanapun, punca kematian penyanyi berusia 46 tahun itu masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Cattermole disahkan meninggal dunia lima hari lalu selepas dia ditemukan tidak bernyawa di kediamannya di Dorsett, dekat sini.

Berita kematiannya diumumkan keluarga menerusi satu kenyataan rasmi.

“Dukacita dimaklumkan Paul Cattermole telah meninggal dunia.

“Cattermole disahkan meninggal dunia selepas ditemukan tidak bernyawa di kediamannya, di sini,” tulis kenyataan tersebut.

Mendiang kali terakhir dirakam pada 5 April lepas ketika membuat persiapan sempena konsert S Club 7 yang dijadualkan berlangsung Oktober depan.

Cattermole sebelum ini berdepan masalah kewangan dan pernah diisytihar muflis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya