Tiada doktor kontrak di Terengganu lakukan mogok  - Utusan Malaysia

Tiada doktor kontrak di Terengganu lakukan mogok 

PENGARAH HSNZ, Dr. Norazman Alias (kanan) bertanyakan sesuatu kepada sekumpulan pengawal keselamatan yang melakukan persediaan sekiranya terdapat doktor kontrak melakukan Mogok Doktor Malaysia di hospital itu, di Kuala Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Perkhidmatan kesihatan awam di semua enam hospital dan klinik kesihatan di Terengganu berjalan lancar seperti biasa selepas tiada doktor kontrak di negeri ini melakukan Mogok Doktor Malaysia yang dijadual diadakan selama tiga hari bermula hari ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, kebanyakan doktor kontrak terlibat dilaporkan hadir bekerja seperti biasa.

“Setakat ini saya dimaklumkan oleh pengurusan hospital-hospital daerah, semuanya berjalan lancar tanpa ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan saya berharap ia akan berterusan untuk tempoh dua hari lagi,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di sini, hari ini.

Sementara itu, tinjauan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini mendapati suasana tenang dan operasi perkhidmatan berjalan lancar.

Dalam pada itu, menurut sumber, beberapa kakitangan keselamatan melakukan pemantauan di persekitaran HSNZ sebagai persediaan awal sekiranya berlaku mogok atau demonstrasi daripada doktor kontrak yang bertugas di negeri ini.

“Alhamdulillah, ia tidak berlaku di sini untuk hari ini dan pesakit juga datang seperti biasa untuk mendapatkan rawatan kesihatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya