Terima tempahan 1,000 batang pelita buluh

Terima tempahan 1,000 batang pelita buluh

MOHAMAD Azmizan Abdul Ghani menunjukkan sebahagian pelita buluh dihasilkan di rumahnya di Kampung Merchang, Marang, Terengganu. – UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seorang pemandu treler menjana pendapatan tambahan dengan menghasilkan pelita buluh menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Mohamad Azmizan Abdul Ghani, 39, dari Kampung Merchang di sini berkata, dia menerima tempahan lebih 1,000 batang pelita buluh sejak awal Ramadan lalu.

Menurutnya, permintaan pelita buluh masih tinggi kerana kebanyakan pelanggannya mahu memeriahkan suasana malam tujuh likur di halaman rumah dengan keindahan cahaya pelita tradisi itu.

Katanya, dia menjual sebatang pelita buluh sepanjang kira-kira satu meter yang mempunyai enam sumbu dan dua lubang untuk mengisi minyak itu dengan harga RM10 hingga RM13.

“Sepanjang Ramadan, saya hanya fokus menghasilkan pelita buluh yang ditempah pelanggan dan berehat sementara sebagai pemandu treler,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Merchang dekat sini, semalam.

Mohamad Azmizan memberitahu, sebelum ini dia mencari sendiri buluh di sekitar kampung ini, namun kini bekalan buluh diperoleh daripada penduduk setempat yang datang menjual kepadanya.

Tambahnya, dia juga menggunakan kain kapas sebagai sumbu pelita kerana lebih efisien untuk dikomersialkan.

“Segalanya bermula apabila saya mengusahakan pelita buluh untuk mengisi masa la­pang selepas tidak dapat keluar bekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tiga tahun lalu.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN