Sultan Johor berbuka puasa bersama pengamal media tempatan 

Sultan Johor berbuka puasa bersama pengamal media tempatan 

SULTAN Ibrahim Sultan Iskandar (tengah) berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama pengamal media, ketua-ketua pengarang, editor-editor dan ketua-ketua pegawai eksekutif media di Istana Polo, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama pengurusan media tempatan di Istana Polo, Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi perkara itu di Facebooknya, semalam. 

Pihak pengurusan media yang terlibat terdiri daripada pengamal media, ketua-ketua pengarang, editor-editor dan ketua-ketua pegawai eksekutif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN