Sanggup berkayuh lebih 30 kilometer ambil penumpang naik beca

Sanggup berkayuh lebih 30 kilometer ambil penumpang naik beca

MAT Tahir Dollah selepas menerima bantuan sara hidup kepada penarik beca di pekarangan Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Kelantan, hari ini. - FOTO/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang penarik beca, Mat Tahir Dollah 72, sanggup berkayuh lebih 30 kilometer hampir setiap hari bagi mengambil dan menghantar penumpang yang menggunakan perkhidmatan becanya.

Biarpun terpaksa berkayuh di bawah terik mentari, namun warga emas ini tabah dan tidak pernah mengeluh kerana itulah mata pencariannya yang menyara isteri dan lima anak.

Menurut Mat Tahir, yang berasal dari Kampung Beta Hilir, Ketereh, dia sanggup berkayuh sejauh berkayuh lebih 30 kilometer ke kawasan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu bagi mengambil dan menurunkan penumpang ke destinasi yang dituju.

“Selagi kudrat masih ada, saya akan kayuh beca ini lagipun inilah punca rezeki saya dan alhamdullilah walaupun tidak banyak saya mampu besarkan kesemua anak-anak dan ada di antaranya berjaya mendapat pekerjaan sebagai pegawai kerajaan.

“Alhamdullilah berkat usaha tidak pernah kenal jemu, walaupun pada bulan Ramadan, rezeki saya tidak pernah putus dan saya amat bersyukur,” katanya ketika ditemui selepas menerima Bantuan Sara Hidup yang disampaikan pihak kerajaan negeri kepada penarik beca di Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan (TIC) hari ini.

MAT YUNAN AHMAD

Sumbangan berupa bakul makanan dan wang tunai disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri, Datuk Md. Anizam Abdul Rahman.

Sementara itu, seorang lagi penarik beca, Mat Yunan Ahmad, 60, berkata, sejak menjadi penarik beca lebih 25 tahun lalu, walaupun ramai yang beranggapan kerja sebagai penarik beca pendapatanya tidak menenetu, namun dia bangga dapat menjadi antara pelopor yang memperkenalkan kenderaan tradisional itu di Kelantan.

“Dengan punca pendapatan sebagai penarik beca inilah saya mampu sara keluarga dan tiga anak, kami penarik beca tidak kisah kayuh sejauh manapun kadangkala lebih 30 kilometer hingga 40 kilometer pun pernah, bayaran tidak seberapa sekitar RM20 hingga RM60 sehari jika ada pelanggan, malah paling sikit RM10 pun kami pernah dapat sehari terpulang pada permintaan dan jarak penghantaran.

“Masyarakat perlu ubah pandangan mereka dan tidak rasa malu kerana pekerjaan sebagai penarik beca adalah pekerjaan halal dan kami penarik beca akan terus mengekalkan usaha untuk mempertahankan beca tradisional sebagai tarikan pelancongan di negeri ini,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini, walaupun anak-anaknya sudah dewasa dan bekerja, mereka tidak pernah melarangnya meneruskan pekerjaan sebagai penarik beca malah mereka terus memberi galakkan kepadanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN