Rumah terbuka PM tidak dianjurkan di Seri Perdana

Rumah terbuka PM tidak dianjurkan di Seri Perdana

ANWAR Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri di SLAK, Sungai Petani. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau tidak akan mengadakan sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada tahun ini seperti kebiasaan.

Perdana Menteri berkata, beliau sebaliknya akan turun menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri di negeri-negeri.

Lebih menarik, beliau memaklumkan akan turun ke Alor Setar, dekat sini pada 29 April ini sebagai lokasi pertama Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri.

“Perdana Menteri tidak akan adakan majlis Aidilfitri di Seri Perdana, tetapi setelah difikirkan lebih baik kita turun ke bawah iaitu dari negeri ke negeri sama ada anjuran Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri.

“Kita ada minat sikit dengan Alor Setar kerana saya diberitahu makanan di Alor Setar jauh lebih lazat daripada tempat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri di Sekolah Latihan Asas Kepolisan (SLAK) Sungai Petani, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan kerajaan sudah menghantar nama calon untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Audit Negara.

Perdana Menteri berkata, perkara itu akan melalui beberapa prosedur sebelum nama calon berkenaan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Semua urusan sudah diselesaikan, saya menghantar cadangan nama tersebut dua minggu lalu,” katanya.

Difahamkan, jawatan Ketua Audit Negara yang terakhir disandang oleh Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid yang melepaskan jawatan itu pada 23 Februari lalu. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada beliau bersara atau mengosongkan jawatan tersebut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya