Raja Muda Perlis tinjau operasi Op Pasir Utara - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis tinjau operasi Op Pasir Utara

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melaksanakan lawatan ke beberapa buah pos keselamatan negara di kawasan tanggungjawab operasi Op Pasir Utara Sektor Bravo Siri 1/2023 di sekitar perairan Pantai Timur Sabah baru-baru ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Muda Perlis,  Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melaksanakan lawatan ke beberapa buah pos keselamatan negara di kawasan tanggungjawab operasi Op Pasir Utara Sektor Bravo Siri 1/2023 di sekitar perairan Pantai Timur Sabah baru-baru ini.

Keberangkatan baginda yang juga merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia ke Pulau Berhala dan Pulau Bakungan Kecil itu disambut oleh Pegawai Memerintah 23 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD), Leftenan Kolonel Mohd Azroi Ariffin Shah di Pulau Berhala dan Ketua Penempatan Pos Pulau Bakungan Kecil, Kapten Muhd Farith Ibrahim.

Demikian menurut siaran media Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis yang mana lawatan ini dikenali sebagai Eksesais PERBAH iaitu merupakan singkatan kepada perkataan negeri Perlis dan Sabah.

Mengiringi Tuanku Syed Faizuddin, ialah Panglima 5 Divisyen TDM, Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman A Wahab; Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Sazalee Shoib; Timbalan Komander ESSCOM, Brigedier Jeneral Johari Ismail dan Komander Angkatan Tugas Bersama 2, Brigedier Jeneral Wan Edenin Wan Mahsin.

Baginda turut meluangkan masa singgah melawat dan beramah mesra dengan para pegawai dan anggota lain-lain pangkat Pasukan Gerakan Am (PGA) iaitu elemen tempur Polis Diraja Malaysia di Pulau Libaran dan Pulau Pamaguan bagi menyampaikan sumbangan kepada anggota keselamatan yang menjalankan operasi di situ.

Ketika di Markas Operasi Pulau Berhala, baginda yang juga Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis berkenan menyaksikan penyerahan sumbangan daripada rakan-rakan strategik yayasan berkenaan.

Antara yang disumbangkan adalah satu unit televisyen 55 inci daripada Yayasan Kebajikan Perlis oleh Affendi Rajini Khan dan satu unit televisyen 45 inci iaitu sumbangan peribadi Wan Ahmad Zaheed Wan Mohamad.

Selain itu, sumbangan beg-beg sekolah bagi kanak-kanak tadika daripada SWCorp oleh Shamsuharizal Basir; serta RM2,000 daripada pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk tujuan pelaksanaan aktiviti dakwah di keempat-empat buah pulau yang dikunjungi tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya