Raja Muda Perlis lancar kempen promosi masakan Perlis @ Sandakan - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis lancar kempen promosi masakan Perlis @ Sandakan

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga dari kiri) berkenan bagi melancarkan kempen Promosi Masakan Perlis@Sandakan di Hotel Elopura, Sabah, baru-baru ini. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan bagi melancarkan kempen Promosi Masakan Perlis@Sandakan di Hotel Elopura baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda ke program anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bersama Hotel Elopura itu disambut oleh pemiliknya, Datuk Mohd Affendi Datuk Hamdan.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, hidangan-hidangan yang disediakan di hotel itu pastinya akan dapat menambat selera pengunjung yang ingin mencuba juadah disediakan di sana.

“Selain daripada menu-menu enak disediakan, terdapat banyak lagi hidangan menarik di Perlis antaranya seperti Laksa Kuala Perlis, Pulut Mangga Harumanis dan Pekasam Ikan Puyu,” titah baginda.

Antara juadah popular negeri Perlis yang disediakan khas bersempena majlis berbuka puasa di hotel itu adalah seperti Kurma Daging Perlis, Gulai Tulang dengan Rebung, dan Pekasam Ikan Timah Tasoh.

Semua juadah berkenaan disediakan oleh Datuk Zull Aznam Haron dan dibantu pasukan chef daripada Hotel Elopura yang beroperasi di Sandakan Harbour Square, Sabah.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin turut mengalu-alukan kedatangan semua pelancong untuk berkunjung ke Perlis yang mempunyai pelbagai tarikan menarik.

“Perlis mempunyai banyak lokasi-lokasi menarik untuk dilawati antaranya keindahan Gua Kelam, Taman Negeri, Wang Kelian View Point, Projek Transformasi Diraja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis, Empangan Timah Tasoh, Kangar Street Art, Superfruits Valley, Ladang Kenaf dan banyak lagi.

“Lokasi-lokasi pelancongan ini mempunyai daya tarikan tersendiri yang pastinya memberikan pengalaman dan memori tidak ternilai kepada setiap para pengunjung ke negeri ini,” titah baginda. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya