Puteri Sarah pilih beraya di luar negara, ibu mentua sedih - Utusan Malaysia

Puteri Sarah pilih beraya di luar negara, ibu mentua sedih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu mentua Puteri Sarah, Datin Patimah Ismail meluahkan kesedihan selepas mendapat tahu menantu dan dua cucunya bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri di luar negara.

Perkongsian mengundang rasa sebak itu dimuat naik dalam Instagram Story dengan menyertakan gambar kedua-dua cucunya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, yang menaiki kereta sorong bayi.

Hantaran itu turut disertakan dengan lagu raya berjudul Air Mata Syawal dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Hari Raya Puteri Sarah dan anak-anak akan membawa diri keluar negara. Hancur hati melihatnya,” kongsinya di media sosial.

Dalam masa sama, isteri kepada pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam kecewa dengan pergolakan rumah tangga yang melanda menantu kesayangannya disebabkan gangguan pihak ketiga.

“Kejam perbuatan mereka!” tulisnya ringkas.

Sebelum ini, Yusof memaklumkan Puteri Sarah akan bermalam dan menyambut lebaran di rumahnya walaupun pasangan itu bersetuju untuk membubarkan perkahwinan mereka secara baik, 18 April ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN