SUASANA meriah dapat dilihat dalam program Gerila Mamak Cyber bersama Media Mulia di Bazar Stadium Shah Alam, Selangor apabila dikunjungi ramai pengunjung bazar itu.
Ketua Bahagian Penjenamaan, Komunikasi dan Korporat Sosial Tune Protect, Esther Chew berkata, kerjasama antara Media Mulia dan Tune Protect adalah menyebarkan kebaikan serta kesedaran bahawa pentingnya seseorang individu mempunyai perlindungan insurans.
“Pengunjung berpeluang memenangi beberapa hadiah yang disediakan pihak Media Mulia dan Tune Protect seperti pelekat kereta, buku nota dan pen di khemah Gerila Mamak Cyber,” ujarnya. – UTUSAN