PRN: Keputusan rundingan agihan kerusi PH, BN selepas Aidilfitri - Utusan Malaysia

PRN: Keputusan rundingan agihan kerusi PH, BN selepas Aidilfitri

NIK Nazmi Nik Ahmad (dua, kiri) menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf pada Majlis Iftar Ramadan di Kuala Terengganu, malam ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Keputusan rundingan pengagihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) di Kelantan dan Terengganu bersama Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN)  dijangka dimuktamadkan selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di Kelantan dan Terengganu, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, rundingan awal mengenai agihan kerusi antara kedua-dua parti itu sebelum ini menunjukkan perkembangan yang baik.

“Insya-Allah kita akan dapat senarai pembahagian kerusi dalam masa yang terdekat iaitu selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Pada masa sama, tiap-tiap parti (PH dan BN) mengadakan proses saringan calon (PRN),” katanya kepada demikian selepas Majlis Iftar Ramadan di sini, malam ini.

Semalam, Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengarahkan kepimpinan PH di enam buah negeri diminta untuk memulakan rundingan pengagihan kerusi bersama BN bagi persediaan untuk menghadapi PRN tidak lama lagi.

Menurut Saifuddin, proses perundingan telah dilakukan di peringkat Pusat di antara PH dan BN berdasarkan parameter serta formula yang telah ditetapkan dan proses rundingan itu kini dilihat perlu dimulakan juga di peringkat negeri.

Ketika ditanya sasaran kerusi yang akan ditandingi PH di Terengganu dan Kelantan, Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata, parti itu akan memberi bayangan untuk memberikan tumpuan di kawasan bandar.

Beliau berkata,  pelbagai faktor perlu diambil kira termasuk prestasi menerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu

Bagaimanapun,  tambahnya, PH akan memberi laluan kepada BN untuk bertanding  lebih banyak kerusi di Kelantan dan Terengganu.

“Kita ada beberapa kerusi yang kita pernah menang secara sejarahnya di Kuala Terengganu di dalam DUN bandar.

“Jadi itu antara gambaran kita, macam  Parti Amanah Negara (Amanah)  mereka juga ada kekuatan dia dan  BN ada kekuatan dia,” ujarnya.  – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya