Polis kesan pemilik kereta tabur paku atas jalan - Utusan Malaysia

Polis kesan pemilik kereta tabur paku atas jalan

TANGKAP layar rakaman video tindakan pemandu sebuah kereta menabur objek dipercayai paku di atas jalan raya di Jalan Ipoh-Lumut di Pusing, Batu Gajah. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH: Polis sedang mengesan pemilik kereta jenis Nissan Almera bagi membantu siasatan berkaitan kejadian menabur paku di atas jalan yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, kejadian itu dipercayai berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut dekat Pusing.

Katanya, satu laporan polis diterima oleh pengguna yang mendakwa tayar keretanya bocor selepas melalui lokasi kejadian.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

“Sehubungan itu, pemilik kenderaan jenis Nissan Almera dengan nombor pendaftaran AJK 869 sedang dikesan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Siti Ramlah Abdullah di talian 016-7676287 bagi membantu siasatan.

Terdahulu tular video berdurasi 24 saat di Facebook yang memaparkan tindakan pemandu sebuah kereta menabur objek dipercayai paku di atas jalan raya.

Perbuatan tidak bertanggungjawab individu itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata mengecam tindakan tersebut dan menggesa hukuman tegas dikenakan terhadap pesalah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya