Pesara tentera didakwa terima rasuah RM15,000

Pesara tentera didakwa terima rasuah RM15,000

PESARA tentera (kiri) semasa hadir di Mahkamah Khas Rasuah di Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang pesara tentera didakwa di Mahkamah Khas Rasuah hari ini atas kesalahan menerima wang suapan bagi tujuan mengeluarkan surat tawaran kerja membersih kawasan Kem 5 Briged, kira-kira sembilan tahun lalu.

Tertuduh, Azman Ariffin, 62, mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan tersebut dihadapan Hakim Jason Anak.

Tertuduh didakwa menerima wang berjumlah RM15,000 daripada seorang wanita sebagai upah untuk mengeluarkan surat tawaran kerja-kerja membersih kawasan Markas Briged Kelima Infrantri, Kem Lok Kawi bagi tempoh kontrak antara 1 Jun 2014 hingga 31 Mei 2015.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama.

Berdasarkan pertuduhan itu, tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 atau mana-mana jumlah yang lebih tinggi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan bayaran sebanyak RM20,000, deposit RM2,000 berserta seorang penjamin tempatan.

Tertuduh turut diperintahkan untuk melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada setiap dua bulan manakala, pasport antarabangsa tertuduh perlu diserahkan kepadda mahkamah.-utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN