Pergolakan Sudan: Warga Malaysia antara 198 rakyat selamat tiba di Jeddah

Pergolakan Sudan: Warga Malaysia antara 198 rakyat selamat tiba di Jeddah

KENYATAAN rasmi Kementerian Luar Arab Saudi menerusi hantaran dalam media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia antara 198 rakyat daripada pelbagai negara selamat tiba di Jeddah dari pelabuhan Sudan menggunakan kapal tentera laut Arab Saudi. 

Menurut Kementerian Luar Arab Saudi, selain Malaysia, 198 individu itu membabitkan warga Rusia, United Kingdom (UK), China, Amerika Syarikat (AS), Uzbekistan, Yaman Singapura, Kemboja, Pakistan dan lima warganya. 

Kata kenyataan itu, kesemua mereka dibawa keluar menggunakan kapal tentera H M S Abha. 

“Setakat ini, jumlah keseluruhan mangsa yang dikeluarkan dari Sudan sejak pemindahan bermula adalah kira-kira 2351 orang, 119 warga Arab Saudi dan 2232 individu terdiri daripada 67 negara,” katanya. 

Media sebelum ini melaporkan, pertempuran antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) menyaksikan Sudan terus bergolak sehingga mencetuskan krisis kemanusiaan dan memerangkap jutaan rakyat di negara itu tanpa akses kepada perkhidmatan asas. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN